Tuesday, November 3, 2015

My Life : Siap akhirnya


Assalamualaikum! Hai kawan-kawan! Sebenarnya malam tadi aku ada release single terbaru, hasil ciptaan aku sepenuhnya. Tapi aku tarik balik post tu memandangkan aku belum register hakmilik karya tu, sebelum kena cilok baik aku turunkan post tu.

Alhamdulillah, ada yang sempat dengar walaupun aku cuma up lagu tu dalam 15 minit sebelum aku turunkan semula & banyak respon yang aku terima. Terima kasih kepada yang sempat mencuri dengar. Hehehe. Dalam personal Facebook, ada sahabat yang bertanya berkenaan lagu tu. Ok, aku jawab kat sini sebelum aku panjangkan ke Facebook.




Lagu berjudul 'Tentang Kita', lagu ni siap sepenuhnya jam 2.45 pagi pada 1hb November 2015. Asalnya lagu ni tak bertajuk pun sebab aku sendiri takde masa nak fikirkan tajuk apa aku nak bagi, tapi bila diamati sepenuhnya akhirnya diletakkan 'Tentang Kita' sebagai tajuk.

Maaf la, aku janji bila siap sepenuhnya registration aku akan up kat sini.

Terima kasih kepada rakan sessionist lain yang turut banyak membantu aku dari awal pembikinan, recording, mastering & macam-macam lagi la. Tanpa mereka, sampai sekarang aku terkantat lagi nak record sendiri. Tak larat aku nak buat semuanya sendiri, banyak process.

'Tentang Kita' menceritakan kehidupan kami, ahli muzik. Cerita tentang suka, duka, gembira, menangis kami. Cerita tentang apa yang kami lalui sepanjang berkarya, berpayah demi menghiburkan orang ramai. Cerita bagaimana insan seperti kami adakalanya disanjung, adakalanya dihina. Dan 'Tentang Kita' juga bercerita mengenai cinta & pengorbanan. Tentang mensyukuri rezeki Allah.

Aku harap sangat dapat selesaikan semuanya cepat, jadi aku dapat share dengan korang semua hasil pertama aku. Doakanlah semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih atas sokongan korang, sahabat.

Bersempena bulan November ni, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada insan yang banyak memberi aku semangat & inspirasi untuk terus berjuang iaitu Allahyarham Shamrin Fotograf. Semoga beliau ditempatkan bersama orang yang beriman & dirahmati Allah.

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...