Thursday, October 1, 2015

My Life : Sharing is caring




Assalamualaikum

1hb Oktober 2015, setelah sekian lama aku menyawangkan blog ni akhirnya aku kembali. Kembali berkongsi, bercerita, belajar & mengajar seperti waktu-waktu dahulu. Ada yang rindu tak? Hahaha!!


Segmen 'My Life' kali ni aku nak berkongsi rasa & pandangan korang semua tentang kisah cinta antara 2 insan. Ok, ni sebab aku tengah korek idea nak buat lagu. Jadi aku nak tanya experience & kebijaksanaan korang semua. Mudah-mudahan jadi ilham.

Guys & gurls, zaman millenia ni masih wujud lagi ke persepsi tentang perbezaan taraf, darjat, harta & sewaktu dengannya dalam cinta? Masih lagi ke ada kisah mak bapak yang kaya tak nak anak dia berkawan atau bercinta dengan budak kebanyakan? Masih wujud lagi ke spesis manusia yang suka membeza-bezakan semua ni?

Normally, aku nampak dalam drama la. Tapi dalam realiti kehidupan ni, aku rasa masih ada. Soalnya, adakah orang kebanyakan macam aku ni tak layak untuk berkawan, bercinta atau mungkin berkahwin dengan orang yang dari keluarga kaya-raya tu? Adakah sebab takut tak berkemampuan nak bagi makan? So, aku harap sangat opinion dari korang agar terjawablah segala persoalan ni.

Sebenarnya aku tengah melihat kehidupan di sekeliling untuk aku jadikan ilham & pedoman hidup. Bukan untuk aku je, tapi kalau boleh untuk kita semua. Thanks & love you all.

Jangan lupa 'LIKE' Facebook Page 'Sham Stallion'. 

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...