Friday, September 12, 2014

Soal Jawab : Bridge jenis Floyd Rose (tukar gauge tali & alternate tuning)



Q1: Bridge Question. (Floyd Rose) According to you, bila kita tukar tuning ke alternate tuning, we have to re-adjust the springs. Adakah bermakna kalau kita tak adjust springs kat belakang body guitar, bridge akan jadi tak parallel atau terjongket ke? 
Q2: Gauge tali macam mana pulak? Betul ke Floyd Rose tak boleh pakai 0.10? Ibanez saya ada masalah bila tukar 0.10. Kerap lari tune, tremolo terangkat.

A: So far untuk soalan ni aku rujuk di laman web seorang guitar master yang sangat low-profile. Memang mencabar, tapi aku suka dengan jawapan yang dia beri. So, aku share dengan korang semua. Thanks Brother Bean.



Well, memang kita kena buat kasi bridge tu parallel dengan body gitar tu. Jadi kita boleh pastikan ada cukup ruang untuk tarik dan tekan tremolo bar ni. Lagi satu intonation tak kacau sangat. Height tali pun ok. It's pretty much what it should be.

Ok, siapa yang ada background physics will have no problem understanding this. Siapa yang tak pernah langsung belajar physics, jangan risau. I'll make it as straightforward as possible. So, mari approach benda ni dari physics standpoint, since that's the law of nature, and that'll make the most sense.

Mari kite tengok macam mana rupa locking (floating, Floyd Rose style) tremolo ni. Kalau korang belah gitar jadi setengah, macam ni la yang korang akan nampak.


(Model yang aku tak buat sendiri, download je & buat sectional view)
Yang screw warna biru dalam gambar kat atas tu, yang dekat dengan tremolo bar tu adalah Anchor Post. Gitar korang mesti ade dua screw tu, on each side of the trem. Salah satu fungsi dia ialah sebagai pivot point tremolo tu. Cuba tekan tremolo korang, the anchor posts are the only parts yang tak akan bergerak.

Screw warna biru kat bawah tu pulak lah screw spring yg aku sebut tu. Depending on the design of your guitar, maybe korang kena bukak cover kat bawah gitar baru nampak. Mesti ada sekurang-kurangnya 2 screw macam tu.

Yang gambar bawah ni pulak tremolo system dengan nut dengan tali skali.



Aku harap korang boleh agak la macam mana tremolo ni berfungsi. Kalau tekan ape jadi, kalau tarik ape jadi.

Berbalik kepada soalan di atas, aku try explain sikit concept physics dia. Untuk jadikan penjelasan ni mudah difahami, aku simplify kan sikit diagram tremolo ni. Kalau tak nanti lagi payah nak menerangkan, masuk bab "rotation and moment" kang ramai tak faham. This way we just deal with "translation and force".



Gambar kat atas ni menunjukikan 3 position bridge tu, at rest (bukan time korang tekan atau tarik tremolo bar). Kotak kaler putih kat tengah tu kononnya bridge lah.

FT ni menunjukkan daya (force) yang bertindak ke atas bridge tu, yang disebabkan oleh ketegangan (tension) keenam-enam tali gitar ni bile in tune.

FS ni pulak ialah daya spring tu yg bertindak ke atas bridge tu. L pulak panjang spring tu. FS ngan L ni kaitan dia dalam fizik dipanggil Hooke's Law. Tak payah fikir panjang, cuma ingat yang spring ni lagi kita stretch lagi tinggi daya dia untuk kembali ke panjang yang minimum.

Macam yg aku cakap, gambar kat atas ni sume in rest position. For the bridge to be in static equilibrium, the sum of all forces acting on it must be zero. Maksudnya, apabila bridge tu dalam keadaan rehat, semua daya yg bertindak ke atasnya mesti cancel each other sampai kosong. 

So dalam rajah pertama, FT_1 dengan FT_2 mesti sama banyak, supaya dia boleh cancel each other since arah dia bertentangan. So FT_2 pon mesti sama dengan FS_2 dalam rajah kedua dan ketiga.


Rajah 1

Tengok gambar yang pertama. Katakanlah yang tu kedudukan yang betul. Katakanlah gitar ni tuning biasa EADGBE, set tali gauge 10. Daya FT_1 ni maknanya total tension keenam-enam tali dia (about 61kg force). So, FS_1 pun mesti sama nilai dia. Untuk dapatkan value FS_1, katakanlah spring ni mesti panjang dia L_1.


Rajah 2

Now, katakanlah korang nak pakai set tali yang sama, tapi nak buat Drop-D tuning. Maknanya Low E string tu di tune whole step down ke Low D. Hukum fizik kata kalau tali tu sama tebal dia, untuk rendahkan frequency (pitch), kita kena longgarkan dia. Mesti korang tau kan?

Jadi bila tuning DADGBE, apa akan jadi pada jumlah tension semua tali tu? First string sampai fifth string tension stay sama macam standard tuning. 6th string pulak jadi rendah. 

Total tension akan jadi lagi rendah (lingkungan 58kg force). Untuk balance kan (to stay in static equilibrium), force dalam spring tu mesti sama nilai dia dengan total tension tali tu, maknanya lagi rendah dari sebelum ni. Spring ni akan cuba rendahkan tension dia dengan mengurangkan panjang dia.

Tengok rajah 2 ni. Tu yang berlaku bile korang buat Drop-D ke, atau tetiba tune down lebih dari satu tali. FT_2 lagi rendah dari FT_1. Maka FS_2 lagi rendah dari FS_1. Maka secara automatik panjang spring akan jagi lagi pendek, dari L_1 ke L_2.

Atau kalau tak tune down pon, katakan lah korang nak stay standard tuning, tapi nak tukar gauge kepada gauge yang lebih rendah. Katakan nak tuka dari set gauge 10 ke gauge 8. Hukum fizik mengatakan kalau nak tukar kepada tali yang lebih halus, tapi nak frequency yang sama, tension kena lagi rendah (lebih kurang 37kg force for gauge 8). Jadi, tukar ke gauge yang lagi rendah akan menyebabkan total tension tali tu jadi lagi rendah. The same thing will happen to the spring and the bridge macam senario tune down tadi. Dalam gambar ni, bridge ni position dia dah tak betul. Macam mana nak fix?


Rajah 3

Dalam rajah ni, screw spring tu jadi panjang. Maknanya dilonggarkan la. Setting ni boleh dapatkan tension tali, tension spring dengan panjang spring macam rajah 2, tapi position bridge betul macam rajah 1.

Kalau nak tune down atau nak tukar ke gauge yang lagi halus, kena longgarkan sikit screw tu. Kalau nak tune up atau nak tukar ke gauge yang lagi tebal, kena ketatkan screw tu.

Macam mana nak jawab ayat yg bold tu ek? I believe in making people understand a little bit why they should do it and the process of adjusting the screws is a trial and error la. Don't go more than a quarter turn each time maybe. Adjust screw, pastu tune balik gitar tu & tengok kat mana akhirnya position bridge tu yang stable. 

Kalau install string baru, stretch tali tu cukup-cukup (buat sampai stable tuning dia). Kalo tak buang masa je & aku pasti sangat Floyd Rose boleh je pakai gauge 10 kalau kena dengan set-up.

2 comments:

  1. wahhh.. *speechless.. sebab ta paham lagi bab yang nih, kekeke.

    ReplyDelete
  2. Biar Gitar Berbicara: Soal Jawab : Bridge Jenis Floyd Rose (Tukar Gauge Tali And Alternate Tuning) >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Biar Gitar Berbicara: Soal Jawab : Bridge Jenis Floyd Rose (Tukar Gauge Tali And Alternate Tuning) >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Biar Gitar Berbicara: Soal Jawab : Bridge Jenis Floyd Rose (Tukar Gauge Tali And Alternate Tuning) >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK

    ReplyDelete



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...