Monday, September 1, 2014

My Life : Anak aku dah besar



Assalamualaikum WBT.

Eh, pejam celik pejam celik. Dah besar dah anak aku. Sekejap je masa berlalu, dah nak 3 tahun dah Disember ni. Ni la anak tunggal aku, nama dia Aisyah Zahra. Comel kan? 

Actually aku memang jarang sangat dapat jumpa dia sebab kekangan masa. Lagipun dia duduk dengan mama dia, jadi susah jugak la aku nak jumpa dia. Tapi sesekali dapat jumpa tu, Allah je la yang tahu betapa gembiranya hati aku. Makin banyak pulak mulut dia, letih jugak nak melayan dia bersembang.



Dia memang manja dengan aku, maklum la jumpa sesekali. Bila jumpa aku tu, ada je yang nak di'pau'nya. Coklat la, buku cerita la (padahal baca pun tak pandai). Tapi apa yang aku bangga dengan anak aku ni, dia dah hafal Alif Baa Taa sampai habis, dah hafal doa makan, doa buka puasa & dah boleh hafal Al-Fatihah walaupun ada sangkut-sangkut sikit.

Alhamdulillah, walaupun jarang jumpa tapi dia tak pernah rasa aku ni tak wujud. Syukurlah Allah berikan aku seorang anak yang pintar. Aku ada beritahu mama dia, lepas birthday dia bulan Disember ni aku mintak tolong rekod video 10 second setiap hari sampai birthday dia tahun depan sebab aku nak tengok dia membesar dalam 365 hari. Semoga hajat aku tercapai, Insya-Allah.



The most awesome thing I will ever do is be your father.

2 comments:

  1. kawaii . tahniah dapat anak yang pandai. Semoga membesar menjadi anak solehah. Amiinn ~

    ReplyDelete



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...