Monday, September 22, 2014

My Life : Travel Singapore to KL

Eh, seminggu tak ber'update' blog ni. Patut la sambutan contest pun hambar, nampaknya terpaksa la aku batalkan dulu atas sebab tertentu. Lain tahun pulak buat contest. Hahaha!!

Ok la, back to the story. Aku tak sempat nak update entry terbaru disebabkan terlalu sibuk dengan urusan kerja & turut ambik kesempatan berjalan sakan. Lokasi pertama yang aku terjah, Singapura. Well, disebabkan kesuntukan masa & budget maka aku hanya menghabiskan masa di suatu lokasi khas sahaja. Apapun terima kasih kepada sahabat aku, seorang rockers tegar kat sana yang sudi membawa aku meninjau-ninjau serta belanja aku makan minum kat sana.


Saturday, September 13, 2014

#5


Tab : She's Gone - Steelheart

In 1990's, lagu ni menjadi salah satu kegilaan peminat muzik rock ketika tu. Rasanya ramai antara korang yang tahu lagu ni & ramai rasanya yang cuba nak nyanyi lagu ni. Pastinya ramai yang tak lepas sebab key lagu ni sangat tinggi menggunung. Hahaha!!

Well, kali ni aku akan kongsikan pulak tab lagu ni untuk korang learn. Memang agak susah, berbelit jugak la jari kecuali kalau korang dah hari-hari mengadap. Kalau ada yang silap tu mohon tegur-tegur la, aku bukannya pro-stage.



Friday, September 12, 2014

Soal Jawab : Bridge jenis Floyd Rose (tukar gauge tali & alternate tuning)



Q1: Bridge Question. (Floyd Rose) According to you, bila kita tukar tuning ke alternate tuning, we have to re-adjust the springs. Adakah bermakna kalau kita tak adjust springs kat belakang body guitar, bridge akan jadi tak parallel atau terjongket ke? 
Q2: Gauge tali macam mana pulak? Betul ke Floyd Rose tak boleh pakai 0.10? Ibanez saya ada masalah bila tukar 0.10. Kerap lari tune, tremolo terangkat.

A: So far untuk soalan ni aku rujuk di laman web seorang guitar master yang sangat low-profile. Memang mencabar, tapi aku suka dengan jawapan yang dia beri. So, aku share dengan korang semua. Thanks Brother Bean.


Icon : Tun Dr. Mahathir Mohamad

Eh, macam lama pulak rasanya aku tak update apa-apa entry baru dalam blog kecik aku ni. Actually aku sibuk sikit last week, ada beberapa event & klinik gitar yang aku kena attend. Thanks la kepada yang rajin menjenguk ke sini.

Ok, hari ni aku tiba-tiba rasa nak bercerita tentang bekas Perdana Menteri kita. Siapa lagi kalau bukan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Aku ni bukanlah orang yang minat sangat nak ambik tahu bab politik, tapi aku kagum dengan sumbangan Tun Dr. M kepada Malaysia.




Monday, September 8, 2014

Advertising : Kek Horlick Batik Chocolate

Opp!! Opp!! Dah alang-alang singgah blog aku ni, ambik la masa korang sikit nak mempromosikan hasil tangan adik angkat aku. Memperkenalkan Kek Horlick Batik Chocolate!! Dengan rasa yang hebat, diperkayakan lagi pulak dengan tekstur menarik ala-ala coklat Sneakers gitu!



#4


Liebster Award

Seharian aku tak update blog, sibuk dengan klinik gitar. Elok aku usha blog, ada pulak yang tag aku. Thanks kepada Cik Ummi yang tag blog kecik aku untuk Liebster Award. Tapi apa tu Liebster Award? Kalau Lobster tu aku tau la, apa ek Liebster tu??



Saturday, September 6, 2014

My Life : Ini malam tadi punya cerita

Malam semalam kebetulan aku dipanggil untuk session kat satu tempat ni la, seperti biasa aku pun pikul la sekali gitar kesayangan aku. Tapi kali ni aku saje je bawak yang kaler pink. Pink??? Apa korang ingat rockers tak boleh pakai kaler pink ke? Real man wear pinks tau. Hahaha!!



#3


Friday, September 5, 2014

My Life : Kenapa ramai yang complain pasal Google Friend Connect kat blog aku?

Yang ni satu lagi bab, aku pun jadi heran. Ramai betul yang complain pasal tak boleh nak follow blog aku. Kenapa Google mengkhianati blog aku??? Aku rasa ramai dah cuba, asyik tak boleh je terus fed-up nak singgah blog aku lagi kan? Isk isk isk....



#2


My Life : Budak-budak & cyber cafe

Untung budak zaman sekarang ni, kecik-kecik lagi dah celik IT. Benda yang memang aku tak nafikan sebab anak aku pun macam tu jugak, pantang letak iPad ke handphone ke sepah-sepah. Kalau setakat 'slide to open lock' tu, slumber je dia bukak. Terpaksa la aku buat code lock. Malas nak bergaduh dengan dia, aku belikan la Galaxy Tab yang untuk budak tu, alaa yang kaler-kaler tu. Dalam tu penuh aplikasi untuk budak, jadi takde la dia asyik nak ngendeng handphone aku je.



#1

Pembelajaran : Kenali bahagian utama gitar

Opps, aku rasa sepatutnya ini yang paling awal aku kena post tapi terlupa pulak. Macam mana nak main gitar kalau kita tak kenal apa itu gitar? Hahaha!!

Wednesday, September 3, 2014

Soal Jawab : Beza antara irama, melodi dan lagu

Untuk entry kali ni aku akan menjawab soalan yang diajukan oleh saudari Ana Lee iaitu apa beza irama, melodi & lagu. Soalan ni diajukan dalam entry "Pembelajaran - Menulis lagu bukannya mudah".


My Life : Tiada lagi kidungmu

Tuntutan kerja aku selalu membawa aku ke tempat-tempat yang sememangnya keji, dipenuhi dengan berbagai benda-benda tak elok. Tapi keadaan sedemikian jangan la sampai menjerumuskan kita ke kancah tidak sihat. Bak kata orang tua-tua, "Hidup biar ibarat ikan di lautan, walaupun laut tu masin tapi isi ikan tak akan rasa masin kecuali ikan masin"..Maksudnya biarlah teruk mana pun sekeliling kita asalkan kita tak mudah terikut dengan keadaan tu.


Pembelajaran : Menulis lagu bukannya mudah

Assalamualaikum WBT.

Aku percaya ramai dikalangan bloggers ni hebat belaka dalam bab penulisan. Tapi apa yang aku nak highlight ni bila ada rakan yang IM aku minta pendapat dalam bab penulisan lagu. Well, credits untuk rakan tu sebab dia sudi nak tanya aku walaupun dalam bab-bab penulisan lagu ni adalah lebih afdal dia tanya kat M. Nasir. Hahaha!!

Ok la, be serious. Sebenarnya aku ni memang tak layak nak bagi pandangan berkenaan penulisan lagu. Aku tak faham samada dia maksudkan tu adalah composing atau penulisan lirik, tapi aku terangkan kedua-dua terus.



My Life : Bila otai dah tegur

Assalamualaikum WBT.

Sepanjang malam hari ni aku menghabiskan masa kat studio, masih dalam proses study & learning tab solo lagu Mahligai Syahdu. Satu lagu ni je dah makan masa 3 minggu, tu pun aku belum dapat catch up 100%. Senang cerita, sampai kat tangan aku memang jadi pelik la bunyi dia.


Tuesday, September 2, 2014

The Versatile Blogger Award

Baru je aku kembali ke dunia blogging ni, tiba-tiba ada pulak blog 'underdog' ni telah menerima tag daripada Cik Liyana Lunia. Bila aku klik, terkejut gak ada award la. Tapi takde pulak masuk dalam TV ek? Aku ni sebenarnya tak reti nak buat benda-benda ni, tapi sebab orang dah tag kena la hargainya. By the way, thanks ye.



Chords : Tiada Lagi Aku - Rusty Blade



Tab : Romance de Amor

Assalamualaikum WBT.

Ramai yang IM aku request tab lagu Romance de Amor. Kalau ada aweks-aweks yang kaki layan drama K-Pop tu, mesti kenal lagu ni sebagai OST utk drama Autumn In My Heart kalau tak silap aku la. Jadi marilah melemah-gemalaikan jemari anda.

Monday, September 1, 2014

#Penantian


My Life : Anak aku dah besar



Assalamualaikum WBT.

Eh, pejam celik pejam celik. Dah besar dah anak aku. Sekejap je masa berlalu, dah nak 3 tahun dah Disember ni. Ni la anak tunggal aku, nama dia Aisyah Zahra. Comel kan? 

#Breakfast


Oh, ini blog baru

Assalamualaikum WBT.

It's 4.30 morning, aku masih lagi tercongok depan laptop sambil research tab lagu-lagu yang orang share kat internet ni. Kebelakangan ni aku memang susah nak tido, tak kira la siang atau malam. Aku pun gatal-gatal la buat blog walking, singgah sana sini, komen sana sini, buat kacau sana sini.


Tiba-tiba ada pulak kawan lama sergah aku kat IM, tanya aku sejak bila pulak aku ada blog ni. Sebenarnya dulu aku aktif blogging jugak, cuma aku delete blog tu sebab kena hack. Bertahun jugak la aku tinggalkan dunia blogging ni, sampaikan bila aku sign up balik aku dah tak reti nak buat apa. Mujur la ada bloggers tegar yang sudi bagi tutorial, terima kasih banyak-banyak.


Aku kembali berblogging ni sebab rindu dunia bloggers ni disamping aku boleh la share sikit sebanyak ilmu yang ada terutamanya tentang muzik. Nak buat macam mana dah kerja aku pun memang dengan muzik. Dan melalui blog ni jugak aku boleh share macam-macam benda lagi. So aku harap mana otai-otai bloggers tu kalau ada salah silap aku, mohon tunjuk ajar ye.


It's good to come back, cuma aku dah lupa mana bloggers lama-lama dulu yang selalu kacau-kacau aku. Kalau ada yang masih kenal, mohon tegur-tegur la ye.

Top 10 : Gitaris Malaysia terbaik

Gitaris Malaysia pada pendapat aku la, mampu menyaingi gitaris handalan luar negara. Ramai yang mengagungkan gitaris-gitaris barat terutamanya, tapi di Malaysia ni pun tak kurang hebatnya. Mereka turut menjadikan gitaris lagenda di barat sebagai idola mereka & kerana itu mereka mampu berdiri sebaris dengan lagenda-lagenda di sana.

Di sini aku senaraikan 10 gitaris terhebat pada pandangan aku la, lain orang lain citarasa. Tapi pada aku, mereka ni yang terbaik. Jangan la samakan pandangan kita, sebab masing-masing pun ada pandangan sendiri.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...